Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Thursday, 27 June 2013

Risaunya mama!


Wahai babyku..
Ketahuilah bahawa betapa risaunya mama ni..
Dari malam tadi mama tak rasa baby gerak..
Macam-macam cara mama buat, mengiring, menelentang, minum air sejuk..
Sikit pun baby tak respon..
Satu malam mama tak lena tidur tau!

Biasanya baby la yang kacau mama tidur dan kejutkan mama dari tidur..
Biasanya baby la yang paling excited lepas mama makan atau minum..
Biasanya baby la yang paling teruja tika mama basuh pinggan..
Tapi malam tadi baby senyap je.. Mama risau!!

Mama ingatkan menjelang subuh, baby akan kejutkan mama macam biasa..
Tapi hampa..mama laagi risau..
Sampai aje di ofis, mama cuba minum milo yang sengaja mama lebihkan manisnya..
Alhamdulillah tak sampai sejam lepas tu barulah baby sapa mama semula..
Baru lah baby mula karate mama..

Ooo.. baru mama tau..
Rupa-rupanya semalam seharian baby tak dapat yang manis-manis kan..
Mama minum plain water aje, tak sedap..mestilah baby tak suka..
Ok..ok.. lepas ni mama akan minum yang sedap-sedap untuk baby..
Janji tau baby takkan buat mama risau lagi!



## Dari sumber bacaan AI, baby biasanya akan aktif lepas ibunya mangambil makanan/minuman manis. Maybe sebab gula tu manis, berkarbohidrat, so baby pun dapat extra tenaga. Manis itu happy = baby suka!!

Serius AI cuak malam tadi, risau apa-apa yang tak elok terjadi kat baby. Lepas minum pagi ni, baru AI terfikir..memang semalam AI cuma minum air kosong je sepanjang hari dari pagi ke petang, maklumlah jerebu, tekak pun kering. No wonder, lepas habis semug milo, budak kecik dalam perut ni happy sangat hehe..
Azurina Indah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...