Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Tuesday 19 February 2013

Kurung Moden and Mermaid Panel Skirt

Nak kata fresh dari oven, kira fresh gak la, minggu lepas siap. Baru hari ni di blogkan. 

Baju tempahan regular customer AI.

Material kain sulam youryo (gitu eh spelling nye? Apa2 je laa...)

Pada pendapat AI, kalau perut muncit kureng sesuai kut pakai baju dari kain ni. Pasti ketara kemuncitannya. (P.S: Peringatan untuk diri sendiri kikiki)


Sungguh shocking kaler kain ni kan. Sesungguhnya owner kain memang gojes dengan bab pemilihan kain-kain ni huhu.. Seperti biasa owner request kurung moden dan skirt mermaid. 


Leher diamond ek org panggil? Zip adalah kat tepi badan bukan kat belakang. Tapi kena jugak sambung belakang, takut kain tak cukup heheh..


Kain ni walaupun licin tapi nampak jatuh. So bagi me'maximise'kan ke'flowy'an kain, AI buatkan mermaid panel. Nak potong tu sama leceh dengan pecah lapan dan pecah enam. Bezanya adalah pecah pola dari lutut ke bawah, so skirt akan nampak lebih kembang. Bila pakai sure nampak lagi sweet.

Ni sulam benang kat badan baju.



Ini kain yang AI bentang seluas-luasnya. Nampakkan garis dari lutut ke bawah memang kembang. Yang AI faham, teknik ni dipanggil pecah pola. Eheheh mandai je aku.. Sila abaikan kereta-kereta mainan yang busy body disekeliling skirt tu ye..


Azurina Indah

2 comments:

MIzz AnuM said...

hehe suke sgt baju ni.. best jek pakai..
tengkiu kak.. :)

Azurina Indah said...

Hihi..Sonok je akak baca komen anum..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...