Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Friday, 1 February 2013

Nasi Kuning dan Ulangtahun ke-3

Fuuuuuuh... Berjaya padamkan 3 batang lilin... Epi befday to you...Epi Befday to you...Epi befday to Jarumas Indah.. Epi Befday to you....

Hari ni genap 3 tahun umur blog AI ni, kalau budak kecik dah mula petah membebel mulutnya. Alhamdulillah, banyak sungguh beza blog ni dulu dan sekarang. Visit currently tak pernah kurang 100 daily. Kalau sebelum ni just guna readymade blogger template, sekarang dah ada template dengan tema dan design sendiri. Maceh Beba...

Bersempena dengan hari ulangtahun ke-3 blog Jarumas Indah ni, AI masak samting spesel, kiranya ni spesel la, sebab AI kan malas masak heheh...

Posting paling top, keyword paling top dan mamam paling top heheh... NASI KUNING nak spesifik lagi.. NASI KUNING TAWAU SABAH.


Nyam..nyam... kalau berkunjung ke daerah Tawau Sabah, memang anda rugi kalau tak cuba nasi ni. Nampak simple, tapi sekali rasa pasti termimpi lagi...


Ikan pilihan AI adalah ikan feveret AI... Ikan Sardin. Kalau di Tawau, kami panggil Ikan Basung. AI kalau makan ikan ni, takde nasik pun takpe huhuhu..


Nampak sedap ek nasi kuning tu? Nak try buat pun apa salahnye, bukan susah pun. Nak resepi sila ke link ni ye..http://jarumasindah.blogspot.com/2010/02/nasi-kuning.html AI malas lak nak naip heheh..

..............................................................................................................................................

Tukar tajuk jap...

Maybe pada yang dah ada, pan ni dah biasa nampak. AI first time nampak pan ni dekat rumah SIL AI kat Raub. SIL AI tu guna pan ni untuk panggang ayam, dan hasilnya marvellous... Sejak dari tu, AI selalu google pan ni kat internet. 

Macam kelakar kan, pemanggang ajaib serupa produk Doraemon je. Tapi pan sangat useful.. boleh menggoreng, mengukus, membakar etc. Base pada CD yang AI tengok, memang banyak resepi yang best-best boleh dimasak menggunakan pan ni. 


Alhamdulillah, AI dah berjaya dapat pan ni. Yang AI tau agak susah nak dapat, sebab selalu kehabisan stok. Pan ni edaran Menang Glassware.


First trial..ikan panggang guna pemanggang ajaib. Nampak buruk je kan, memang lah..ini ikan bakar plain. AI just lumur dengan garam dan sedikit kunyit jek. Tapi rasanya sedap, dicicah pulak dengan sambal kicap..consider licin jugak periuk nasi kali ni.. ;P

Banyak resepi tengah menunggu ni..sungguh tak sabar.. tunggu...
Azurina Indah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...