Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Thursday 14 February 2013

Blouse V neck

Salam pagi semua...
Best mood pagi ni, sebab jalan tak jem heheh..
Sebab tu pagi-pagi dah gigih mengentry. Belum office hour ye!

Sebelum tu, pesan ustaz dalam ceramah semalam, kena tazkirah sikit untuk pagi ni.

Adapun barang sesiapa yang menyambut/meraikan hari Valentine, hukumnya 2 sahaja:
1. HARAM
2. MURTAD

Lu fikir la sendiri. Sekian....

OK kita sambung....

Bila ada customer yang mintak dijahitkan blouse atau apa-apa baju ikut contoh, AI antara risau dan suka. Risau kalau-kalau baju tu nanti tak jadi seperti contoh, dan suka sebab biasanya ini cabaran baru buat AI. Maklumlah, AI bukan tailor yang 'sekolah'. Belajar menjahit pun dari buku-buku je, mana ada cikgu.

Dapat je baju contoh, kalau boleh nak dibawak tidur, sebab nak telek satu-satu details/finishing kat baju tu, nak copycat la katakan. Nebes dalam hati Tuhan je tau. Untuk contoh baju simple, tak de masalah biasanya. Tapi bila contoh tu AI langsung tak pernah buat, tu yang sampai tido pun jadi tak lena. Hihi..

Kali ni customer mintak buatkan blouse follow contoh. Alhamdulillah, yang ni agak mudah nak 'ditiru', sebab leher V je.

Blouse V neck


V neck


Lengan getah


Ni tak boleh tiru, label lain-lain heheh..

Azurina Indah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...