Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Friday, 8 February 2013

Kurung Sari Pesak Buluh

Dah di blog kan, nampak macam baju pengantin plak ehehhe...

Baju ni dah siap awal bulan lagi, tapi sampai la ni duk terperap kat bilik jahit, asyik lupa nak bawak bagi ke tuannya.

Actually material adalah kain sari. Empunya adalah opismet AI, ini merupakan tempahan ulangannya tak tau yang keberapa. Dan ini juga kurung sari yang ditempahnya, juga tak ingat kali yang keberapa.


AI kemiangan tatkala mengerjakan baju ni. Salah satu bahan utama dalam sari kan benang emas. So semasa kerja memotong kain tu, ada la serpih benang emas tu melekat kat baju/badan. Tu yang AI jadi 'memiang tu' eheheh.... Kali ni AI snap tengkuk ngan hujung tangan je. Orang pun dah tak heran asyik baju kuruuung je manjang.
Cara menyusun potongan sari kali ni, AI buat semua bunga utama sebagai baju dan kain. Biasanya AI gunakan kepala kain sebagai badan. Tapi disebabkan kepala kain ada imej burung merak, tak elok rasanya dibuat baju kan..kan..kan..

Anyway, hasilnya juga soo nice!
Azurina Indah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...