Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Saturday 16 February 2013

Kek Lapis Asam Manis/ Hawflakes

Salam hujung minggu semua......

Seronok kan cuti..kalau boleh nak cuti hari-hari heheh... Penangan cuti raya cina nampaknya AI bersungguh jadi chef di dapur di samping jadi tailor di bilik jahit. Cuti 4 hari minggu lepas terisi dengan bermacam-macam makanan (font sengaja dikecikkan bagi menjaga maruah yakni nafsu makan sangat tinggi kan hahaha).

Kek lapis asam manis ni, AI buat semasa cuti raya cina minggu lepas la. Hajat dah dipendam sekian lama, teringin nak makan kek ni. Nak buat tu..erm...kena set appointment dulu kikiki orang malas la katakan. Last makan kalau tak silap masa Adam cukur jambul 5 tahun yang lepas.

Kek ni memang sedap. Tak muak makan. Kalau yang terer menyusun hawflakes ni, pasti kek nampak cantik sangat lepas dipotong. AI yang tak terer ni, susun setakat boleh makan cukup laaa... Ada versi yang guna ovalet dan ada yang tak.

AI dah salin resepi ni dari internet dah agak lama jugak la. AI tak ingat dari blog mana. So for tuan punya resepi, kalau-kalau terbaca post ni silalah tinggal komen ye. AI nak beri kredit pada blog anda, at the same time AI akan try cari owner resepi ni sampai jumpa.. Resepi anda sangat best, tak rugi mencuba.

Ini lah rupa kek lapis hawflakes yang AI buat. Malunya..asam berterabur di sana sini

KEK LAPIS ASAM MANIS/HAWFLAKES
Sumber resepi : dari satu blog yang AI tak ingat nama

Bahan-bahan:
1 cawan biskut cream crackers (kat Tawau org panggil roti gaben)
4 biji telur
3/4 cawan butter
3/4 cawan gula (AI kurangkan jadi 1/2)
1 sdth ovallete
3 sdb susu pekat
Sedikit esen rose

Cara nak buat:
Blend biskut sampai halus dan ayak. Lepas ayak baru sukat ye.

Pukul gula dengan butter sampai gebu. 

Masukkan telur sebiji-sebiji hingga habis. Masukkan ovallete, susu pekat dan esen rose. Pukul sebati.

Masukkan tepung biskut sikit-sikit sambil dikacau.

Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 atau 4 bahagian. Terpulang pada anda. Nak 2 color, bahagi lah 2.. Nak 3 color, bahagikan lah 3 ye

AI bahagi 2 je, satu letak color kuning dan satu lagi hijau.

Sapu loyang dengan butter, seeloknya guna loyang 4 segi. Tapi AI guna yang bulat je.

Kukus 5 minit untuk setiap lapisan. Susun hawflakes pada tiap lapisan..

Untuk lapisan terakhir, kukus lama sikit dalam 8 hingga 10 minit.

Bila dah siap, jangan terus potong ye, sabooo... tunggu dah sejuk barulah ngap..

Sekian..



Ni rupe kek AI yang dah dipotong-potong untuk dimasukkan ke mulut. Sungguh hodoh rupanya dimataku. Tapi takpe, dah habis licin dah punn..


Azurina Indah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...