Apa juadah berbuka ari ni? Beli ke masak? Soklan normal lah di kala bulan Ramadan ni..
Kalau saya, biasanya hari cuti akan memasak, dan hari kerja akan membeli. Sampai rumah je dah pancit, camne nak start kete kan..kan..kan..
Bulan pose tahun ni dua kali saya mengapam. First mengapam hari tu, lupa nak snap gambar, sedar-sedar aje apam dah habis. Hari tu memang sungguh kalerful, mana tak cepat habis, ada mata budak kecik yang tertarik dengan kaler-kaler itu. Nak buat kacang je, yang perlu cuma ketelitian untuk 'mengedot' tiap-tiap apam tu.
Sebelum ni saya ikut resepi apam layang saya, tapi kali ni ikut resepi dari internet, cuma ada certain bahan saya ubah tapi hasilnya sama jek. Dan kali ni, apam pokodot saya cuma ada kaler hijau aje, kaler-kaler lain dah habis semasa saya mengapam sebelum ni. Buat adunan lebih sket, untuk bagi kat jiran-jiran hehehe..
Kali ni saya kopipes aje resepi dari apampolkadot. Kalau google, majoriti resepi sama dengan resepi dari apampolkadot ni. Sapa tiru sapa wallahu'alam. Tapi source resepi saya dari apampolkadot yek, korang nak berebut copyright, pandai-pandai lah..memasing dah besar..huhu..
Mambancuh time! |
Nampak lubang-lubang udara kat apam saya.. Sebelum dikukus sepatutnya dipecahkan gelembung yang ada guna lidi.. Tapi i tak koser!! |
Apam Polkadot Sumber : apampolkadot.com & jarumasindah (altered recipe) Bahan-bahannye: 275 gm tepung gandum 220 gm gula halus (saya bantai guna gula pasir) 150 ml susu segar atau susu cair (saya guna santan sbb susu xde) 3 sudu teh baking powder = diayak sekali 3 biji telur sejuk dari peti ais (saya guna 2 biji aje, xnak hanyir) 1 sudu kecil ovelette 1 sudu esen vanilla Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing (saya letak strawberry filling) Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan (saya guna kaler PAS aje..huhu) Cara membuatnye :1. Pukul telur putih sehingga kembang elok. 2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi. 3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi. 4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan. 5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna. 6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih. 7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas. 8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit. 9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan. 10. Kukus 10-15 minit sehingga masak. |
Tiga singgit! heheh! |
0 comments:
Post a Comment