Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Friday, 10 August 2012

Cucur nasi

Salam..dan selamat berbuka puasa pada yang berpuasa, pada yang tak puasa selamat menjamu selera :P

Hari ni cik abang ku balik kampung sekejap. Oleh itu, hari ni berbuka sorang-sorang, sebab saya sorang aje yang puasa, Adam Haris tu manjang uzur hehehe..

Dek kerana saya ni jenis tak kisah bab makan, so hari ni berbuka ngan cekodok aje lah..sodap gittew.. dicicah dengan sambal tumis sardin... sedap sangat, sampai lupa nak snap kesambalan sardin tu..

Asyik goreng cekodok keras kedengkung je, tukar taste lak. Saya buat cucur nasi hari ni, sebab belen nasik sejuk malam tadik ada lagi, takmo bazir-bazir di bulan yang mulia ni. Cucur ni walaupun dah sejuk konfem lembut lagi, tapi adunan kena bancuh awal la. Sampai aje kat rumah petang tadi saya terus bancuh adunan, lagi setengah jam nak berbuka, baru lah digoreng. 

Nak buat tu senang banget, bak kata orang resepi time mula-mula belajar masak. Nak google pun boleh, resepi pun berlambak kat tenet. Cara saya lain, dan cara orang lain mungkin lain. Tepuk dada tanya selera.



Cucur Nasi

Bahan A:
Semangkuk nasi sejuk
Segenggam ikan bilis (rendam)
2-3 biji bwg merah
Air secukupnya

Tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara nak buat :
Blend bahan A sampai betul-betul hancur.
Masukkan bahan A dalam mangkuk.
Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan tepung sedikit-sedikit sampai agak-agak adunan macam adunan cekodok biasa.
Goreng dan siap untuk dimamam. 

(Nak letak telur pun boleh, tapi saya kureng berminat..!
Ikan bilis tu nak tukar dengan udang kering pun oke, pun kalau berminat ek!

Nampak gebus tak?

Cucur saya nampak leper aje kan, sebab saya guna sudu aje
Kalau korang rajin, jemput la guna tangan, konfem bulat-bulat

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...