Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Saturday 25 August 2012

Daging Rempah Kuah Kacang

Salam Lebaran semua...

Hari ni raya ke-7...Wong Jowo kata Raya Kupatan... harus masak-masak macam raya pertama, kepercayaannya roh keluarga yang dah meninggal, pergi tinggalkan rumah hari ini, jadi kena la masak-masak wat bekal derang..cenggitu eh? Wallahualam..sori kalau saya salah.. Saya pun keturunan Jawa gak, mbah saya pernah cerita lebih kurang cerita saya ni lah...

So disebabkan hari ni raya ke 7, saya pun masak-masak la, bukan wat bekal arwah ye, tapi wat bekal adik yang nak balik ke kampusnya hari ni.

Disebabkan saya ni manjang busy, so preparation dah mula dari malam tadi. Rebus nasi impit la, gunting cili kering la, goreng & blend kacang tanah la.. Kat semenanjung ni saya tak sure ada tak menu ni, mungkin ada mungkin tak ada. Daging dimasak serupa macam kuah kacang, tapi bukan la kuah kacang..eheh kompius lak..

Biasanya di daerah Tawau, time kenduri kawin biasa nya lauk ni mesti ada.. Dah lama gak saya mengidam nak makan lauk ni, tapi disebabkan renyah nak goreng & blend kacang bagai, di hold dulu sampai la sekarang. 

Disebabkan waktu-waktu ni ramai yang busy dengan open house, bekalan kelapa parut pun asyik habis je, mujur cik abang balik kampung sekejap dan bawak balik 10 biji kelapa. Waduh.. sungguh kerja keras saya, kopek kelapa, parut dengan penyagat, perah  fuhhhh!!!



Daging Rempah Kuah Kacang
Sumber : Azurina Indah

Bahan-bahannya :
1 kg daging
300 gm kacang tanah (goreng & kisar)
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
4-5 batang serai diketuk
15 tangkai cili kering kisar
1 sdth ketumbar
1 sdth jintan manis
1 sdth jintan putih
Minyak untuk menumis
semangkuk air asam jawa
1 biji santan kelapa
Gula & garam secukup rasa

Cara nak buat:

1) sangai dan tumbuk halus ketumbar dan jintan
2) Perap daging dengan bahan tumbuk di atas
3) Kisar bersama bawang merah, bawang putih, halia & lengkuas
4) Tumis bahan kisar sampai wangi
5) Masukkan cili kering, tumis lagi sampai pecah minyak
6) Masukkan daging yang telah diperap, Masakkan hingga air daging kering & daging empuk
7) Masukkan kacang tanah. Kacau selalu supaya tak berkerak
8) Tuangkan santan dan air asam jawa, Biar sampai pecah minyak
9) Perasakan manis & masin.
10) Boleh dihidang dengan nasi impit





Friday 17 August 2012

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga..
Berhati-hati di jalanraya


sumber imej : tenet

Thursday 16 August 2012

Angka 3 dan 3 itu bertuah!!

Heheh... angka 3 dan 3 tu bertuah.. Tapi untuk hari ini saja. Hepi Befday to me!!
Lantak la orang lain tak ingat, janji kekasih hatiku ingat....Terima kasih kat kawan-kawan yang wish kat FB, saya tau u all wish pun, sebab dapat notification kat mail yahoo. Malas sungguh saya nak log in FB, banyak friend yang sakit jiwa, daripada saya ikut sakit jiwa, better tak payah login.

Hepi nye hari ni.. hepi sangat!.....
Hadiah sangat bermakna walau harga tak seberapa, better daripada dapat bunga yang boleh layu, coklat yang tambah berat badan, henpon yang valuenye esok dah jatuh... 

Dah lama saya 'eyeing' benda merepek nih, siap google bagai, tunggu bila laa menatang ni masuk malaysia..
Tau-tau aje kul 12 tengah malam, time aku syok bedengkur, cik abang kejut, bagi samting & wish my birthday...  HE SAID .....

Wah abang!!! I lap u...muah..muah..muah... apa jadi lepas itu?? rahsia..budak kecik tak bley tau!!

------------------------------------------------------------------------------------------
Inilah koleksi gambo menatang yang saya dah lama risik, tapi tak masuk2 mesia gak..

Kaler grey, pink & of course my feveret putih

Sungguh prihatin cik abang...tau cik isteri bekenan mende ni dah lama...
Nampak tak miow putih itu nak terjun macam pandalela rinong?

Ngeee......

Isteri :Anje nampak macam misi tak nanti?
Suami : Tak kisah la, janji anje sukeee

Sayang nak pakai, takut kena hujan, nanti demam lak miow tu




Monday 13 August 2012

Azurina Raya 2012 Collection


Kawad kurung moden di bilik jahitku


Kurung moden
Material : cotton silk

Kurung moden: hujung tangan cekak getah

Kurung moden : hujung tangan cekak getah

Kain siap dengan heavy beading

Azurina Raya 2012 Collection

Kebaya high neck
Kain dah siap sulam

Kurung moden
Material : sari

Azurina Raya 2012 Collection








Azurina Raya 2012 Collection

Yang sempat ku snap..
Rata-rata yang opismet order. Mana yang online sudah dipos awal-awal.





Friday 10 August 2012

Cucur nasi

Salam..dan selamat berbuka puasa pada yang berpuasa, pada yang tak puasa selamat menjamu selera :P

Hari ni cik abang ku balik kampung sekejap. Oleh itu, hari ni berbuka sorang-sorang, sebab saya sorang aje yang puasa, Adam Haris tu manjang uzur hehehe..

Dek kerana saya ni jenis tak kisah bab makan, so hari ni berbuka ngan cekodok aje lah..sodap gittew.. dicicah dengan sambal tumis sardin... sedap sangat, sampai lupa nak snap kesambalan sardin tu..

Asyik goreng cekodok keras kedengkung je, tukar taste lak. Saya buat cucur nasi hari ni, sebab belen nasik sejuk malam tadik ada lagi, takmo bazir-bazir di bulan yang mulia ni. Cucur ni walaupun dah sejuk konfem lembut lagi, tapi adunan kena bancuh awal la. Sampai aje kat rumah petang tadi saya terus bancuh adunan, lagi setengah jam nak berbuka, baru lah digoreng. 

Nak buat tu senang banget, bak kata orang resepi time mula-mula belajar masak. Nak google pun boleh, resepi pun berlambak kat tenet. Cara saya lain, dan cara orang lain mungkin lain. Tepuk dada tanya selera.



Cucur Nasi

Bahan A:
Semangkuk nasi sejuk
Segenggam ikan bilis (rendam)
2-3 biji bwg merah
Air secukupnya

Tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara nak buat :
Blend bahan A sampai betul-betul hancur.
Masukkan bahan A dalam mangkuk.
Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan tepung sedikit-sedikit sampai agak-agak adunan macam adunan cekodok biasa.
Goreng dan siap untuk dimamam. 

(Nak letak telur pun boleh, tapi saya kureng berminat..!
Ikan bilis tu nak tukar dengan udang kering pun oke, pun kalau berminat ek!

Nampak gebus tak?

Cucur saya nampak leper aje kan, sebab saya guna sudu aje
Kalau korang rajin, jemput la guna tangan, konfem bulat-bulat

Thursday 9 August 2012

Puding Mango express

Heheh..sekali baca tajuk entri macam courier company plak..

Ni semua jeli longan nye pasal la.. dah habis tapi still ada permintaan.. Akhirnya saya gagahkan diri beli puding express ni. Dulu dah pernah try memang menghampakan. Tapi disebabkan kat peti ais ada 2 biji mangga ranum yang tak berusik-usik, sapa tau kan puding express ni jadi sedap.

Ini lah puding express tu. Perisa mangga.
Cuma didihkan aje. Sekelip mata dah siap.

Kuning aje kan...macammmm sedapp

Sungguh menggiurkan...

Heheh..korang tak payah nak try-try lah..
Letak la buah apa sekalipun, puding express ni tak sedap langsungg!!

Monday 6 August 2012

Jeli longan gula melaka

Entri masak-masak lagi...

Time bulan pose ni kalau boleh semua nak yang sejuk-sejuk je...

Peket jeli longan saya dah buang, so i pinjam gambar dari google je.. rupanya lebih kurang cenggini.. ni pun opismate yang bagi.. 

Serbuk Jeli Kelapa Happy Grass

Serbuk jeli ni kita boleh pilih sama ada nak buat jeli kelapa atau jeli longan. Saya pilih buat jeli longan, sebab saya minat gula melaka :) Macam ni gaya, bukan bulan puasa je, bulan tak puasa pun jeli ni sodapp!!
Kat belakang peket tu, ada tertera resepi kedua-dua jenis jeli. Disebabkan nak jimat space, saya buat half dulu, half lagi plan nak buat lepas raya. Longan kering saya beli dari Jaya Grocer, RM59.90 sekilo ngko! Heheh tak perlu lah sampai sekilo, sepeket yang 100gm tu aje dah cukup, rege dalam RM6 gitu.


Segar!!!

Jeli Longan Gula Melaka
Source : Peket Happy Grass Jeli Kelapa & jarumasindah (altered recipe)

Bahan-bahan (setengah dari peket) :
1.5 L air (approx..should be less)
100gm longan kering
150gm gula Melaka
Setengah peket serbuk jeli kelapa happy grass

Cara nak buat:
1) Bersihkan dan rebus dulu longan kering sampai kembang. 
Air rebusan akan berwarna sedikit keruh.
Jangan buang air rebusan. Tapis buah longan dan sukat berapa ml air rebusan tu

2) Misal kata air rebusan 200ml, kurangkan sukatan air ke 1300 ml ye!

3) Didihkan campuran air tadi dengan gula melaka. 
To be safe, bila gula dah larut, tapis dulu bagi buang segala kekotoran yang mungkin ada dalam gula.

4) Masukkan serbuk jeli dan buah longan.

5) Tutup api

6) sajikan ikut suka, Jeli ni kena makan dengan sudu yek!


Otometik tekakku jadi kering lak!
Secup dapat buah dalam 6-7 biji, alangkah puasnya
Bila beli, secup dapat setengah biji longan aje..haru!!

Sunday 5 August 2012

Apam polkadot

Salam...

Apa juadah berbuka ari ni? Beli ke masak? Soklan normal lah di kala bulan Ramadan ni..
Kalau saya, biasanya hari cuti akan memasak, dan hari kerja akan membeli. Sampai rumah je dah pancit, camne nak start kete kan..kan..kan..

Bulan pose tahun ni dua kali saya mengapam. First mengapam hari tu, lupa nak snap gambar, sedar-sedar aje apam dah habis. Hari tu memang sungguh kalerful, mana tak cepat habis, ada mata budak kecik yang tertarik dengan kaler-kaler itu. Nak buat kacang je, yang perlu cuma ketelitian untuk 'mengedot' tiap-tiap apam tu. 

Sebelum ni saya ikut resepi apam layang saya, tapi kali ni ikut resepi dari internet, cuma ada certain bahan saya ubah tapi hasilnya sama jek. Dan kali ni, apam pokodot saya cuma ada kaler hijau aje, kaler-kaler lain dah habis semasa saya mengapam sebelum ni. Buat adunan lebih sket, untuk bagi kat jiran-jiran hehehe..

Kali ni saya kopipes aje resepi dari apampolkadot. Kalau google, majoriti resepi sama dengan resepi dari apampolkadot ni. Sapa tiru sapa wallahu'alam. Tapi source resepi saya dari apampolkadot yek, korang nak berebut copyright, pandai-pandai lah..memasing dah besar..huhu..

Mambancuh time!

Nampak lubang-lubang udara kat apam saya..
Sebelum dikukus sepatutnya dipecahkan gelembung yang ada guna lidi..
Tapi i tak koser!!

Apam Polkadot
Sumber : apampolkadot.com &
jarumasindah (altered recipe)

Bahan-bahannye:

275 gm tepung gandum
220 gm gula halus (saya bantai guna gula pasir)
150 ml susu segar atau susu cair (saya guna santan sbb susu xde)
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais (saya guna 2 biji aje, xnak hanyir)
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing (saya letak strawberry filling)
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan (saya guna kaler PAS aje..huhu)

Cara membuatnye :
1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Tiga singgit! heheh!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...