Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Friday 4 July 2014

Bila dah ada 'pendamping'


Assalamualaikum...

Lama tak bersiaran kan kan kan
Rindu nak mengeblog huhu
Sekarang asyik melayan fb je, bukannya ada produk jahitan pun.
Bila dah ada 'pendamping' ni susah sikit nak buat apa-apa.
'Pendamping'ku dah 8 bulan setengah dah umurnya, dah mula belajar angkat montot nak merangkak lettew..
Setakat ni lasaknya boleh tahan..Mama nye ni yang tak tahan.
Sebagai pengcover ketidaktahanan tu AI letak dia dalam walker, aman sikiiit la dunia AI hehehe..

Sementelahan mengupdate blog ni, AI share menu feveret baby Alif Haikal iaitu couscous mango dan homemade taufufa.


Couscous mango
~Didihkan air dan masukkan couscous. AI guna 2 sudu besar je sekali makan.
~ Biar kembang, lepas tu toskan. AI bilas lagi dengan air panas.
~Kupas mango (yang manis tau!) dan potong kecil-kecil
~Campur cous-cous dan mango
~Now depend pada mummy nak lenyek atau blender.
~AI suka blender, so couscous kasar sikit. Kalau lenyek nanti jadi betul-betul halus
~Untuk baby 6 mths, better lenyek lah
~ Renjis sedikit EVOO dan suap lah bayi anda dengan gumbira.....



Homemade taufufa
~Beli taufu lembut (organik ye!), potong portion agak-agak cukup untuk baby makan
~Stim taufu tersebut sampai lembut dan gebu huhuhu. Ketepikan sat
~Ambil kurma 5 biji, kismis hitam 5 biji (AI guna no ganjil tatau nape)
~Rebus atau stim sampai lembut, lepas tu blender
~Curahlah ke atas taufu yang mummy dah stim kan tadi
~Sedia di suap kat baby dan mummy sekali



Seperti biasa, penutup setiap entri...
'Pendamping'ku di atas walkernya

Azurina Indah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...