Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Friday, 31 May 2013

Quickening

Sudah menginjak ke minggu ke-19. Cepat sungguh masa berlalu kan.. kalau dihitung AI sekarang berada di separuh daripada perjalanan. Lebih kurang tengah duk tengah highway la ni. Doakan ye semoga baby AI sihat, sempurna dan selamat hendaknya. Amin...

Menurut Baby Center, saiz baby sekarang dah macam sebiji buah tomato yang besar, bukan tomato ceri tu tau. Bila pegi pasar, genggam la sebijik tomato besar, then ooo...macam ni lebih kurang besarnya anakku di dalam ni Hihihi..


Baby nonet ni pun sekarang dah aktif kicking, punching dan rolling kat dalam perut. Sebelum ni cuma mamanya saja yang boleh rasa pergerakannya. Tapi sekarang babah dan abang long pun dah boleh rasa, letak aje tangan kat perut mama, sure baby mula exercise. Saat inilah yang paling seronok semasa mengandung. Pengalaman yang tak mungkin dapat dibeli di mana-mana. 

AI dah mula merasa pergerakan baby seawal minggu ke 14 lagi, mungkin sebab ini merupakan kehamilan kedua kot. Menurut pakcik google, gerakan awal ni dipanggil 'quickening', dalam BM tatau ape. Setakat ni, AI perasan timing baby AI berexercise adalah tak kira masa, means sesuka hati dia je. Belum ada sleeping/waking cycle. Tak kisah la, yang penting mama suka hihi..

Masa AI menaip entri ni pun, baby ikut menaip kat dalam perut, heheh...kecik-kecik dah ada blog sendiri ye... 

Itu aje la untuk kali ni. Sungguh AI tak ada mood nak berblog. Draft memang banyak, tapi nak mula mengayati satu persatu tu yang malas.

To pakcik google, AI pinjam gambo katun ibu ngandung yang anaknye tengah main bole tu ye. Macehhh..


Azurina Indah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...