Hmm...dah lama tak break, rasa lega sangat dapat menarik nafas puas-puas sekejap. Jauh dari kesibukan dan kebisingan kota. Hujung minggu lepas kami habiskan untuk balik kampung. Adam lah yang paling seronok, puas mandi sungai, main basikal, main kejar-kejar, pokok pangkalnya...hilang sekejap segala masalah.
Balik kali ini, tak ada entri buah-buahan macam biasa.. Hehe...pokok buah-buahan semua tengah berputik. Mungkin rezeki buah tiba time raya puasa nanti.
Pokok kantan |
Pada sapa-sapa yang tak kenal, gambar kat atas dan bawah ni lah, pokok kantan. Biasanya beli kat kedai. Seringgit sebatang bunga, tapi bila balik kampung, heheh.. kerja saya tukang cantas aje... Yang jelas nampak dalam gambar ni, sebenarnya buah kantan. Ingat tak entri saya yang ni? Ni la gambar buah kantan yang masih kat pokok, banyak kan...
Buah kantan - Mempunyai khasiat perubatan yang tinggi terutama untuk darah tinggi, juga mengandungi anti oksida yang sangat baik untuk badan Nama saintifik : E.Eliator, |
Waktu malam masa nak dekat tidur, perasaaan sikit gundah tatkala terbau harum bunga. Sedari senja sampai ke tengah malam, siapakah gerangan berwangi-wangian.. Seyes..kitorang saspen. Tapi tuan rumah rilek je.. Dah le kampung hasben saya tu dulu-dulu terkenal dengan si 'rambut panjang' sambil nyanyi lagu Pulangkan tu...eiiii meremang bulu roma mak!
Pagi esoknya, selepas melicinkan sebungkus nasi lemak, saya bersiar-siar la dengan sungguh senang hati kat laman..Bak pantun 2 kerat ini Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati... Ya..saya mengaku la word gendut itu untuk saya heheh.. Tiba-tiba......
Saya nampak pokok ni....ku datang dekat, wangi macam kenal, cissss...sungguh mati ku ingat hantu yang datang malam tadi..rupanya bau bunga ni... Pokok bunga sundal malam namanya. Kembang pun waktu malam aje. Wangi giler waktu malam, tapi siang takde bau, unless petik bunga dan bau.
Pokok bunga Sundal Malam Nama saintifik : Polianthes tuberosaTergolong dalam famili Amaryllidaceae/Agavaceae |
Comel kan |
Ingat lak cite Maya Karin jadi cik ponti |
Setelah puas berfotografi dengan bunga kantan dan bunga sundal malam, saya nampak bunga kaler biru ni. You all semua mesti dah biasa tengok tengok bunga sambil berkata kitorang tak heran punnnnn kan..kan..kan... Hehe..pada siapa-siapa yang tak kenal, inilah bunga telang biru..
Nama saintifik Clitoria ternatea Tergolong dalam famili Leguminosae |
Sapa-sapa peminat tegar nasi kerabu yang kaler biru tu, adalah wajibul ghunnah untuk kenal pokok ni. Sebab bunga biru ini lah yang mewarnakan nasik kerabu anda ye. Pokok ni ada kacang, nampak tak kaler hijau dalam gambar tu, sebab itu ada yang menggelarkannya 'butterfly pea'. Jenis menjalar kut, sebab panjang semacam aje. Bahagian-bahagian kat pokok ni punya khasiat masing-masing.. Nak tau lebih lanjut bole la google info sendiri ye...
Wah entri kali ni ala-ala kursus botani je, siap ada nama saintifik sekali...teringat pulak zaman study dulu, nama saintifik pertama dan masih segar sampai hari ni Casuarina equsetifolia. Our first task, first visit & first assignment. heheh....
0 comments:
Post a Comment