Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Thursday, 6 December 2012

Tempahan dari Kak Zubaidah

AI tepek baju tempahan pelanggan baru Azurina, Kak Zubaidah dari Seksyen 19 Shah Alam. Baju ni nak dipakai masa kenduri kawin adiknya hujung bulan ni. Ada dua pasang baju kurung yang ditempah.

Kain ni jenis kain sari, panjang 6 meter. Kain ni memang sangat cantik sebab dah siap sulaman di kedua-dua  tepi kepala sari. AI setkan tepi-tepi bersulam tu untuk hujung baju dan hujung tangan.

Cun kan. Material kain pun tak panas dan gatal macam kain sari biasa. Material kain ni seakan cotton.

Ni close up kaki baju. Tepi sulaman tu, ada jahit mesin yang sangat kasar dengan warna benang yang kontra dengan warna kain. AI pentingkan kualiti, jadi jahitan yang kasar tu, AI tetas lalu jahit semula dengan benang yang match.

Kiranya bertuah kak Zubaidah ni, AI buatkan satu butang bungkus untuk baju ni. Nampak eksklusif kan..

**************************************************************

 Ni baju kedua tempahan Kak Zubaidah. Kain baju ni 2m+2m. Disebabkan kak Zubaidah kurus dan agak tinggi orangnya, AI dapat rasakan kain ni mesti tak cukup.

 Inilah yang AI suggest pada kak Zubaidah. Letak cuff dari kain yang sama dengan kain bawah. Settle problem..


Azurina Indah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...