Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Wednesday, 5 December 2012

Dah tua tapi sangap!

#Mode entry : Bengang

Sempena Tahun Baru Hijrah yang lepas, SD Plantation ada menganjurkan ceramah agama bertopikkan 'Transformasi Pekerja Terbilang'. Penceramah Ustaz Ebit Irawan Lew. Diadakan kat Auditorium kat building ni jugak la, selesa compare kat Gym Consplant dulu. Review??..ermm..cam lari topik jek, maybe betulla ustaz tu kata effect sebab dah 2 minggu tak balik rumah kui3...

Inilah poster ceramah tu.
Gambo blur, snap kat pc jek huhuhu

Ngape AI bengang??

Alkisahnye kami yang attend ceramah ni 'entitled' sorang satu set lunch nasi ape tah, cam nasi tomato gamaknye.. So lepas ceramah masing-masing pakat serbu kaunter yang distribute makanan tu. Tak de line up, serbu aje, sapa cepat dia dapat. 

AI pun ada sama, tapi tak kose nak berebut, just tunggu turn macam biasa. AI perasan dari awal memang ada sorang makcik(consider makcik la, tengok muka cam dah 50-an), AI kenal muka tapi tak tau nama sapa dan dari dept mana. Keje dia senggol kanan, senggol kiri macam dah kebulur sangat. AI rilek je. Tetibe dia sampai kat belakang AI, eh eh main tolak-tolak pulak makcik ni. Memang sangat nampak sungguh sangap dan hadap sangat dengan makanan free.

AI memang pantang berebut-rebut dan bertolak-tolak ni, lagi pulak semata-semata nak dapatkan sebekas nasi tapau. Aduh! Kesian betul kat makcik tu. AI blah balik ofis aje. Biarlah..setakat teringin nak makan AI masih mampu nak beli.

Ini lah set lunch yang diidamkan oleh makcik sangap tadi. Setapau nasi tomato, sebotol air mineral dan sebijik epal. Gigih makcik tu menolak orang sekeliling semata-mata nak mendapatkan set ni. Set ni AI dapat sebab ada extra, itu pun atas inisiatif opismet menginform 'committee' yang AI belum dapat.

Macam mana AI tak suka driver potong Q kat jalanraya, macam tu juga la AI tak suka berebut-rebut ni. 

Pesanan kepada penganjur, untuk ceramah/talk dan sebagainya di masa akan datang, pleasee la jangan biar perebutan-perebutan dan penyerbuan-penyerbuan seperti ini. Do the proper way, spread the good discipline among the staff, line up properly, no tolak-tolak, no rebut-rebut hoccay!!

Azurina Indah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...