Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Saturday, 22 December 2012

Outing @ Aman Ville, Space U8 Shah Alam

Seronok Adam... Dah lama dia teringin nak masuk Aman Ville kat Space U8 ni. Ye la, dari luar nampak macam seronok je, kawasan luas, nak manjat boleh, nak lompat boleh, nak main slide boleh, pokok-pangkalnye memang heaven untuk kanak-kanak.

Siang tadi impian Adam tercapai dan purse mama jua turut terkopak. RM25 sekali masuk. Anak sorang ok lah, kalau berorang-orang?? Sendiri mo ingat heheh...

Untuk kids yang masuk, kena berstokin. Oleh kerana Adam sentiasa bersandal croc, jadi mama terkopak lagi sekali, tapi kali ni RM3 je untuk sepasang stokin.

Yang bestnye kalau anak masuk, parents pun boleh ikut masuk dan main-main sekali. Seronok gak sekali sekala kembali ke zaman budak-budak. Panjat sana sini, menggelongsor dari atas.  

AI tak sempat snap tempat panjat memanjat. Seronok memanjat, lupa segala-galanya....


Masa ni Adam dah penat memanjat. Fokus ke building block aje

Gigih mamat ni mengumpul bentuk-bentuk dalam kiub tu

Kalau anak kecik lagi, menan kat atas ni sesuai la

Ni bahagian luar. Menan suma gaya-gayanya dari Toys R Us je. 
Padan la dengan regenya.

Tersnap anak worang... Dia la gegurl yang sentiasa menemani Adam..

Azurina Indah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...