Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Monday 25 February 2013

Baju kurung sama je tapi tak serupa

Salam pagi yang bening...

Thanx a lot pada new customer AI, Kak Azie namanya, duduk di Shah Alam ni jugak, bersebelahan seksyen je ngan AI. Senang berurusan ngan akak, punctual dan tak cerewet. TQ so much. Sokongan anda amat AI hargai. 

Baju-baju kak Azie ni AI sendiri pun tak caya, rasa-rasanya tak sampai sebulan dah siap, kiranya lagi 3 hari nak cukup sebulan la. Bukan sepasang tapi lima pasang. Hahaha..bole masuk AI punye rekod la! Mungkin sebab awal bulan Feb hari tu ada cuti Raya Cina kan. So orang Cina sibuk bakar mercun, AI pun sibuk merempit.

Mulanya AI tekezut gak, tatkala akak ni kuarkan kain-kain nya. Semua kain adalah senada dan seirama.  Corak macam sama tapi actually tak serupa ehehhe... Tapi dah taste masing-masing kan, sapa boleh pertikai. 

Kira kak Azie ok lah, kat Jakel still boleh control diri beli kain yang sedap di mata je, walhal tau-tau aje la SA Jakel tu cemana. Bab memujuk rayu memang tip-top. Kalau kaki gila kain macam AI ni, memang setiap kali ke Jakel, bawak bajet cukup-cukup je, segala kad-kad yang boleh diswipe (except kad Mesra Petronas la) pasti AI tinggalkan kat rumah. Bodyguard kena ada kut-kut AI jadi separa sedar masa membelek kain huhuhu..



Ini blouse simple. Ada belah dikiri & kanan kaki baju. Ala-ala punjabi la gitu. Hujung tangan cekak getah. (sori la gambo len macam, henpon camera kan, konon2 adjust setting bagi gambar lagi santek tapi akhirnya...)

Ini plak kawad baju kurung asli senada dan seirama, sama tapi tak serupa. Bila semua dah siap, really looks soo cun, macam baju-baju yang readymade plak. 

Kaler pink


Kaler hijau


Kaler biru


Kaler cekelat


Azurina Indah


Tuesday 19 February 2013

Kurung Moden and Mermaid Panel Skirt

Nak kata fresh dari oven, kira fresh gak la, minggu lepas siap. Baru hari ni di blogkan. 

Baju tempahan regular customer AI.

Material kain sulam youryo (gitu eh spelling nye? Apa2 je laa...)

Pada pendapat AI, kalau perut muncit kureng sesuai kut pakai baju dari kain ni. Pasti ketara kemuncitannya. (P.S: Peringatan untuk diri sendiri kikiki)


Sungguh shocking kaler kain ni kan. Sesungguhnya owner kain memang gojes dengan bab pemilihan kain-kain ni huhu.. Seperti biasa owner request kurung moden dan skirt mermaid. 


Leher diamond ek org panggil? Zip adalah kat tepi badan bukan kat belakang. Tapi kena jugak sambung belakang, takut kain tak cukup heheh..


Kain ni walaupun licin tapi nampak jatuh. So bagi me'maximise'kan ke'flowy'an kain, AI buatkan mermaid panel. Nak potong tu sama leceh dengan pecah lapan dan pecah enam. Bezanya adalah pecah pola dari lutut ke bawah, so skirt akan nampak lebih kembang. Bila pakai sure nampak lagi sweet.

Ni sulam benang kat badan baju.



Ini kain yang AI bentang seluas-luasnya. Nampakkan garis dari lutut ke bawah memang kembang. Yang AI faham, teknik ni dipanggil pecah pola. Eheheh mandai je aku.. Sila abaikan kereta-kereta mainan yang busy body disekeliling skirt tu ye..


Azurina Indah

Saturday 16 February 2013

Kek Lapis Asam Manis/ Hawflakes

Salam hujung minggu semua......

Seronok kan cuti..kalau boleh nak cuti hari-hari heheh... Penangan cuti raya cina nampaknya AI bersungguh jadi chef di dapur di samping jadi tailor di bilik jahit. Cuti 4 hari minggu lepas terisi dengan bermacam-macam makanan (font sengaja dikecikkan bagi menjaga maruah yakni nafsu makan sangat tinggi kan hahaha).

Kek lapis asam manis ni, AI buat semasa cuti raya cina minggu lepas la. Hajat dah dipendam sekian lama, teringin nak makan kek ni. Nak buat tu..erm...kena set appointment dulu kikiki orang malas la katakan. Last makan kalau tak silap masa Adam cukur jambul 5 tahun yang lepas.

Kek ni memang sedap. Tak muak makan. Kalau yang terer menyusun hawflakes ni, pasti kek nampak cantik sangat lepas dipotong. AI yang tak terer ni, susun setakat boleh makan cukup laaa... Ada versi yang guna ovalet dan ada yang tak.

AI dah salin resepi ni dari internet dah agak lama jugak la. AI tak ingat dari blog mana. So for tuan punya resepi, kalau-kalau terbaca post ni silalah tinggal komen ye. AI nak beri kredit pada blog anda, at the same time AI akan try cari owner resepi ni sampai jumpa.. Resepi anda sangat best, tak rugi mencuba.

Ini lah rupa kek lapis hawflakes yang AI buat. Malunya..asam berterabur di sana sini

KEK LAPIS ASAM MANIS/HAWFLAKES
Sumber resepi : dari satu blog yang AI tak ingat nama

Bahan-bahan:
1 cawan biskut cream crackers (kat Tawau org panggil roti gaben)
4 biji telur
3/4 cawan butter
3/4 cawan gula (AI kurangkan jadi 1/2)
1 sdth ovallete
3 sdb susu pekat
Sedikit esen rose

Cara nak buat:
Blend biskut sampai halus dan ayak. Lepas ayak baru sukat ye.

Pukul gula dengan butter sampai gebu. 

Masukkan telur sebiji-sebiji hingga habis. Masukkan ovallete, susu pekat dan esen rose. Pukul sebati.

Masukkan tepung biskut sikit-sikit sambil dikacau.

Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 atau 4 bahagian. Terpulang pada anda. Nak 2 color, bahagi lah 2.. Nak 3 color, bahagikan lah 3 ye

AI bahagi 2 je, satu letak color kuning dan satu lagi hijau.

Sapu loyang dengan butter, seeloknya guna loyang 4 segi. Tapi AI guna yang bulat je.

Kukus 5 minit untuk setiap lapisan. Susun hawflakes pada tiap lapisan..

Untuk lapisan terakhir, kukus lama sikit dalam 8 hingga 10 minit.

Bila dah siap, jangan terus potong ye, sabooo... tunggu dah sejuk barulah ngap..

Sekian..



Ni rupe kek AI yang dah dipotong-potong untuk dimasukkan ke mulut. Sungguh hodoh rupanya dimataku. Tapi takpe, dah habis licin dah punn..


Azurina Indah

Raglan Blouse

Kalau anda perasan, corak blouse ni sama dengan corak blouse pada entri yang ni. Iye...memang kain yang sama pun. Owner tempah 2 helai blouse yang berlainan. Kedua-duanya base pada blouse sample.

Pattern blouse yang kedua ni, memang AI tak pernah buat lagi. Kira inilah first time. Puas jugak AI belek segala mak nenek buku jahitan yang ada. Rupa-rupanya nama blouse ni RAGLAN BLOUSE. 

Raglan sebenarnya nama untuk lengan blouse ni, hujung lengan adalah bersambung dengan leher. Sekali pandang macam peasant blouse. Bezanya cara memotong badan dan lengan adalah berbeza antara depan dan belakang. 

Mulanya pening jugak AI nak buat blouse ni, macam biasa la, sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Tapi Alhamdulillah last-last bila dah siap, ada la jugak rupa raglannya.


Ni blouse yang dah siap.


Gambar baju Atas ngan bawah..ada sama kaa???

Inilah yang AI maksudkan. Lengan Raglan.


Tara... Busana Azurina hehehhe

Azurina Indah

Friday 15 February 2013

Pizza Hentamana


Pelik nama pizza ni..Pizza Hentamana.. Kalau google tak sure la boleh jumpa ke tak. Alih-alih kuar muka blog nii je kikiki... Asal usul Pizza Hentamana ni adalah sebab main hentam je, tak refer resepi mana-mana pun. Nak melayan tekak western konon macam apa yang AI bebel kat entry ni

Kira OK la, ada rasa pizza heheh.. Bersungguh kami 3 stooges (AI, En Asben & Adam) pegi cari Mozarella Cheese kat AEON Big Seksyen 23 Shah Alam, dah le rege mahal nak mampush, kena tawakal je dengan tanda halal Islam Society dari negara lain. Nak tunggu cop halal JAKIM kat cheese tatau la bila pulok. Oo ye, pada sesapa yang tak tau, sekarang Carrefour dah tak panggil Carrefour dah ye, dah tuko jadi AEON Big. 


Ada rupa pizza tak? Kira ada la tu kann.. Walaupun tak sesempurna pizza di hut dan domino, kira ok lah. Ni kali kedua AI buat pizza selama hidup. Kali pertama masa slot memasak subjek ERT di sekolah menengah dulu, AI ingat lagi nama cikgu tu, Cikgu Winnie Tan eheheh.. garang siot!!



AI bakar pizza ni dengan produk Doremon ni heheh.. 'Pemanggang Ajaib'. Hari tu AI try panggang ikan, tak berapa cun. Ni try bakar pizza lak. Rentung sket lah kat montot pizza tu kikiki, AI tak pandai lagi nak kontrol api agaknye.

Pizza Hentamana
Resepi : AI

Bahan-bahannye (Men agak2 je, ni yang susah ni):

Doh base pizza
Tepung gandum (kalau guna tepung roti lagi ngam)
1 1/2 sdth yis kering/mauripan
1/2 cawan air suam
1/4 cawan minyak
Sedikit garam


Isi ayam potong kecik-kecik
Sosej besar dihiris (sebab cari pepperoni takde)
Cendawan butang fresh dihiris
Sos spageti cendawan kimball (nak perisa lain pun okeh)
Keju mozarella

Cara buat :

DOH
Larutkan yis dalam air suam. Kalau yis tu ok, nanti akan kembang naik 2 kali ganda. Kalau macam wat do noo je, silalah buang sebab itu menandakan yis anda dah tak bernyawa.

Masukkan tepung dan garam dalam mangkuk, gaul rata.
Masukkan minyak dan larutan yis. Gaul sampai tepung tak melekat kat tangan. Pastu tutup ngan kain, perap jap dalam setengah jam gitu, nanti adunan akan laaagi gebu.
Keluarkan dan tumbuk-tumbuk. Pastu canai bentuk pizza, masukkan dalam pan. Cucukkan dengan garfu supaya udara yang terperangkap tu keluar.
Sapukan atas base dengan sos spageti.

TOPPING
Sebab AI guna daging ayam, nak pastikan daging tu masak, AI tumis dulu dengan bawang putih bersama sos spageti. Kalau nak rebus pun boleh.


Ini rupa sos spageti Kimball yang AI guna. Abaikan sos tomato tu ye heheh.. AI suka guna yang dalam botol gini, kalau tak guna habis, senang nak simpan. Lagi pun botol tu AI suka guna untuk simpan bawang goreng, sungguh kedap udara.



Now, masa untuk 'menopping'. Taburkan cendawan dan sosej atas pizza base, lepas tu ratakan dengan ayam dan sosnya. Bila agak-agak dah puas hati dengan isinya, tabur la mozarella cheese sebanyak yang anda suka.



Ini rupanya pizza AI yang baru lepas di'topping' dan di 'cheese'kan. Kalau guna pan, masa membakar dalam 15 minit je cukup kot. Tapi kelemahannye, tepi base pizza tu tak brown lah, maybe base kena bakar sekejap sebelum letak topping ke?. Takpe next time boleh bereksperimen lagi.


Anyway, dah berjaya buat pizza sendiri walaupun tak semarveles yang dimakan di restoran dan di delivery heheh...

Azurina Indah

Thursday 14 February 2013

Blouse V neck

Salam pagi semua...
Best mood pagi ni, sebab jalan tak jem heheh..
Sebab tu pagi-pagi dah gigih mengentry. Belum office hour ye!

Sebelum tu, pesan ustaz dalam ceramah semalam, kena tazkirah sikit untuk pagi ni.

Adapun barang sesiapa yang menyambut/meraikan hari Valentine, hukumnya 2 sahaja:
1. HARAM
2. MURTAD

Lu fikir la sendiri. Sekian....

OK kita sambung....

Bila ada customer yang mintak dijahitkan blouse atau apa-apa baju ikut contoh, AI antara risau dan suka. Risau kalau-kalau baju tu nanti tak jadi seperti contoh, dan suka sebab biasanya ini cabaran baru buat AI. Maklumlah, AI bukan tailor yang 'sekolah'. Belajar menjahit pun dari buku-buku je, mana ada cikgu.

Dapat je baju contoh, kalau boleh nak dibawak tidur, sebab nak telek satu-satu details/finishing kat baju tu, nak copycat la katakan. Nebes dalam hati Tuhan je tau. Untuk contoh baju simple, tak de masalah biasanya. Tapi bila contoh tu AI langsung tak pernah buat, tu yang sampai tido pun jadi tak lena. Hihi..

Kali ni customer mintak buatkan blouse follow contoh. Alhamdulillah, yang ni agak mudah nak 'ditiru', sebab leher V je.

Blouse V neck


V neck


Lengan getah


Ni tak boleh tiru, label lain-lain heheh..

Azurina Indah

Monday 11 February 2013

Angel Hair Bolognaise

AI dari dulu, kini dan selamanya memang prefer angel hair lagi dari spaghetti. Sedang elok je saiznye tak halus sangat, tak kasar sangat. Sapa-sapa yang biasa beli spagheti pack tu, sure tau la.

Kali ni AI buat kuah Bolognaise ni pekat-pekat. Sungguh puas menyantapnya.


AI pakai sos spagheti cendawan Kimball dan Pes Tomato dalam tin (takde dalam gambar). Memang AI sentiasa beli brand ni, sebabnya mudah nak simpan. Guna separuh, lepas tu balance senang nak simpan sebab dalam botol. Lagi pun rasa sos ni tak lah masam sangat. Just nice..


Angel Hair Bolognaise 
Resepi : AI

Bahan-bahan:

Angel Hair secukupnya

Bawang putih (hiris)
Daging kisar (nak ayam pun boleh, tak nak pun boleh)
Cendawan butang (fresh lagi best)
Sos Spageti
Tomato paste (tin kecik pun dah cukup)
Herbs macam oregano kalau suka (AI tak letak)
Garam & gula (kalau perlu)
Minyak untuk merebus spageti & menumis

Cara buat
Jerangkan air dalam periuk sampai mendidih, masukkan angel hair dan beberapa titis minyak. Tengok kat peket jangkamasa merebus. Biasanya less than 10 mins. Toskan

Tumis garlic takyah sampai kuning. Kalau guna daging kisar/ ayam kisar, masukkan dan biar masak.

Masukkan sos, tomato paste dan cendawan. Rasakan cukup tak masin/manis, etc.

Renih lagi lama, laagi sedap. Tapi kalau dah lapar, cukup mendidih je dah boleh ngapp!

Tuang sos atas pasta dan sedia untuk dinikmati... Senang je!


Dap!

Azurina Indah

Weekend yang Western

Nowadays, dont know why my tekak sooo Englishan..hehe..

Inilah di antara western food yang menjadi santapan AI dan family di weekend ni.. En Asben pun sket lagi ter'uwekk', pagi petang siang malam pekena cheese, tekak Melayu la katakan. Wajib ada nasik.


Bolognaise Angel Hair Spaghetti


Angel Hair ala Olio campak-campak


Wuhuu!!! Pizza Hentamana

Cara buatnye mudah je... Next entry AI bagi resepi yek!

Azurina Indah

Sunday 10 February 2013

Baju Kurung Pesak Buluh lagi!!

Tempahan baju kurung dari new customer AI.. Tima kasih atas sokongan anda ye Mdm Kaabah!! Customer AI ni baru lepas pantang dan akan kembali bekerja. So, baju kurung ni untuk memulakan hari kerjanya la, setelah lama berehat.

Sebenarnya ada beberapa pasang kain lagi yang belum siap, kiranya ni 1st batch la. Blouse pun ada. Next entry ya!

Ramai yang tanya kurung pesak buluh tu pesennye cemane.. Ekceli ni baju kurung biasa tu je, pesaknya lurus sebab tu dipanggil pesak buluh.






Azurina Indah

Friday 8 February 2013

Kurung Sari Pesak Buluh

Dah di blog kan, nampak macam baju pengantin plak ehehhe...

Baju ni dah siap awal bulan lagi, tapi sampai la ni duk terperap kat bilik jahit, asyik lupa nak bawak bagi ke tuannya.

Actually material adalah kain sari. Empunya adalah opismet AI, ini merupakan tempahan ulangannya tak tau yang keberapa. Dan ini juga kurung sari yang ditempahnya, juga tak ingat kali yang keberapa.


AI kemiangan tatkala mengerjakan baju ni. Salah satu bahan utama dalam sari kan benang emas. So semasa kerja memotong kain tu, ada la serpih benang emas tu melekat kat baju/badan. Tu yang AI jadi 'memiang tu' eheheh.... Kali ni AI snap tengkuk ngan hujung tangan je. Orang pun dah tak heran asyik baju kuruuung je manjang.
Cara menyusun potongan sari kali ni, AI buat semua bunga utama sebagai baju dan kain. Biasanya AI gunakan kepala kain sebagai badan. Tapi disebabkan kepala kain ada imej burung merak, tak elok rasanya dibuat baju kan..kan..kan..

Anyway, hasilnya juga soo nice!
Azurina Indah

Friday 1 February 2013

Kurung Moden Cotton

Dari bilik jahit...

Tempahan opismet yang juga regular customer AI.. Thanks a lot atas sokonganmu...



Kurung moden ni material cotton. As usual, zip sorok kat belakang. Yang ni tak ingat dah tempahan ulangan kali ke berapa dari owner. Alhamdulillah, hasil tangan AI serasi dengannya..







Azurina Indah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...