Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Friday 31 May 2013

Quickening

Sudah menginjak ke minggu ke-19. Cepat sungguh masa berlalu kan.. kalau dihitung AI sekarang berada di separuh daripada perjalanan. Lebih kurang tengah duk tengah highway la ni. Doakan ye semoga baby AI sihat, sempurna dan selamat hendaknya. Amin...

Menurut Baby Center, saiz baby sekarang dah macam sebiji buah tomato yang besar, bukan tomato ceri tu tau. Bila pegi pasar, genggam la sebijik tomato besar, then ooo...macam ni lebih kurang besarnya anakku di dalam ni Hihihi..


Baby nonet ni pun sekarang dah aktif kicking, punching dan rolling kat dalam perut. Sebelum ni cuma mamanya saja yang boleh rasa pergerakannya. Tapi sekarang babah dan abang long pun dah boleh rasa, letak aje tangan kat perut mama, sure baby mula exercise. Saat inilah yang paling seronok semasa mengandung. Pengalaman yang tak mungkin dapat dibeli di mana-mana. 

AI dah mula merasa pergerakan baby seawal minggu ke 14 lagi, mungkin sebab ini merupakan kehamilan kedua kot. Menurut pakcik google, gerakan awal ni dipanggil 'quickening', dalam BM tatau ape. Setakat ni, AI perasan timing baby AI berexercise adalah tak kira masa, means sesuka hati dia je. Belum ada sleeping/waking cycle. Tak kisah la, yang penting mama suka hihi..

Masa AI menaip entri ni pun, baby ikut menaip kat dalam perut, heheh...kecik-kecik dah ada blog sendiri ye... 

Itu aje la untuk kali ni. Sungguh AI tak ada mood nak berblog. Draft memang banyak, tapi nak mula mengayati satu persatu tu yang malas.

To pakcik google, AI pinjam gambo katun ibu ngandung yang anaknye tengah main bole tu ye. Macehhh..


Azurina Indah

Tuesday 21 May 2013

Mengimbau 10 tahun yang lalu

Salam pagi yang kejap sejuk kejap panas... Huhu..

Lama tak berblogging, rinduu.. Lagi pun tak ada baikk punya untuk entry. Production feveret produk dah tak berapa aktif. Dok melayan kebuyungan yang sejak akhir-akhir ni dah mula menguit-nguit mintak attention mama dan babahnya ::wink::wink::

Pagi ni tatkala AI drive pegi keje, lalu kat Tol Batu Tiga menghala Subang Jaya, adik jaga tol tu siap greet Selamat Pagi sambil tersenyum. Lepas ambik duit pun ucap terima kasih. Baju pun baju biasa lagi, belum beruniform. Sah, ini mesti budak baru masuk keje. Dan tak semena-mena AI terimbau kembali kenangan lebih kurang 10 tahun lepas. 

Masa tu AI baru lepas belajar, kiranya tengah menunggu untuk graduation lah. AI kerja sementara sebagai toll clerk di tol Shapadu Rantau Panjang. Entah sekarang pondok tol ni wujud lagi ke tidak, dah lama tak lalu sana. Dengan gaji basic RM590, AI memulakan penghidupan sebagai 'Toll Gate Girl". Kalau tak silap ada elaun dobi RM30 sebulan. AI google jumpa gambar pondok tol Shapadu Rantau Panjang ni, gambar ni tahun 2008. Sangat daif kan... Tapi pondok tol ni mengabadikan banyak kenangan pahit, manis, lucu dan banyak lagi dalam diri AI.


Rata-rata toll clerk kat sini adalah budak-budak lepasan SPM. Ada gak beberapa orang tu mak-mak janda yang hauskan kasih-sayang. Hahaha... AI merahsiakan identiti sebenar masa tu, nak cari duit poket la katakan, kalau mention AI ni graduate, kim salam ler kalau diterima bekerja. 

Untuk toll clerk ni, kiranya 2 in 1 lah keje kat sini, mencari rezeki halal plus mencari jodoh kut-kut terlekat dengan mana-mana abang atau pakcik lori. Maklumlah, kawasan ni dekat dengan pelabuhan, so tol ni merupakan laluan utama pemandu-pemandu lori.

Masa ni lah AI belajar hidup bekerja dengan 3 syif. Seronok jugak dapat pengalaman baru dalam masa yang sama dapat kumpul duit untuk graduation, ye lah, jubah kena sewa, yuran konvo lagi, tangkap gambar lagi, tambang lagi. Bukan murah, dekat RM300 jugak semua sekali. Bagi anak orang berada mungkin jumlah itu tak jadi masalah dan bagi anak orang berada jugak tak perlu lah susah payah sampai kerja kat tol demi mencari sejumlah wang yang tak seberapa jumlahnya.

Kepuasan dalam diri sebab mampu berdikari, sanggup susah payah sendiri, takde nak mengharap bantuan orang. Tapi budak-budak sekarang, payah sangat nak jumpa yang reti susah dan perit kehidupan, semua harap mak ayah suap. Mungkin ada yang reti berdikari, tapi bilangannya amat sedikit. Belajar tak habis lagi, tapi ada hati nak hidup mewah. Hasilnya sampai ke sudah tak reti apa maknanya syukur dan terima kasih. Kesian..
Azurina Indah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...