Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Monday, 29 March 2010

Sardin lagi....

Hari yang panas tapi lembap.... Tu la.. nak kata musim hujan tapi panas ya rabbi... Sib baik duk umah... berpakaian separuh bugil pun..tak kisah laa... Bila cuaca panas macam ni...malas nak keluar beli lauk utk masak.. Jadi jawabnye... masak sardin aje la... Sedap woo... Juadah peberet time bujang dulu... Tumis lak dengan terung goreng... Walah2...

Sardin Tumis Terung
Mmm..sedapnye!!


Bahan-bahan:
1 tin kecil sardin/ mackerel
Bawang putih & bawang merah ditumbuk halus
Cili padi secukupnya ditumbuk halus
3 biji terung dipotong 8 dan digoreng
Asam keping
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis & menggoreng
Sedikit kicap masin

Cara menyediakan:
Goreng terung sampai agak2 masak
Tumis bahan yang ditumbuk halus sampai wangi.
Masukkan sardin dengan kuahnya sekali dan asam keping. Kalau perlu, masukkan sedikit air.
Last sekali masukkan terung goreng, kicap dan garam secukupnya.
Siap.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...