Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Monday, 29 March 2010

Baju Kurung Hantam saja la....

Assalamualaikum.... Disember last year kalau tak silap, masa tu cuti birthday Sultan Selangor. So, Selangor aje cuti...negeri2 lain tak. Jadi aku ngan hubby plan utk pegi jenjalan ke Nilai 3 kat N9. Lagi pun aku tak pernah menjejakkan kaki ke sana, dengar lagi macam2 cerita pasal kemurahan rege kain-kain ela yang lawa2, memang meluap-luap la hati dan perasaan nak ke sana. Dengan penuh keazaman aku ngan hubby sampai jugak ke sana, bertiga ngan Adam Haris.

Berkobar-kobar sungguh semangat, memandangkan tiap2 kedai yang kami singgah, layanan amat mesra sekali, ye la..mungkin kitorang antara orang terawal datang ke kedai mereka hari itu. Yang paling best dapat aku rembat kain viscose Italy RM60 sepasang dan kain clearance stock Thai Silk RM10 sepasang. Yang paling tak bestnye, aku beli kain RM100 utk 3 pasang, huhuhu...kan main murah lagi...dalam hati aku berkata2. Nak tau...ketiga2 pasang kain tu tak cukup 4m panjang. Dah le tu, kain tu jenis kain matching, corak bias untuk baju dan kain... Body aku klu jenis cenonet takpe, 1.75m pun mungkin cukup untuk buat baju... Tapi disebaliknye....

Cukup kain untuk badan baju dan pesak, tapi tak cukup untuk bhg tangan. Jadi penyelesaiannya, jadilah baju ala-ala baju ustazah, ada cuff kat hujung tangan. Kalau diikutkan aku tak minat tangan baju jenis ni...rimas... Anyway, dlm entry ni aku attach jugak le gambar cuff yang dah siap tu...tak kemas sangat...tapi bole lah drp tak reti langsung. Ekceli, ni baju aku ke-2 yang ada cuff, kedua-dua beli kat kedai yang sama.

Cuff yang dah siap - tak guna butang tebuk, just guna butang katup aje..




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...