Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Thursday, 8 November 2012

Call sampah dari Card Service Centre

source : google

AI cukup bengang bila terima call dari service centre mana-mana la, especially time office hour. Sangat mengganggu. Mana taknya, ngan sopan-santun (kononnye la..) mintak kita luangkan beberapa minit untuk derang. Hellowww...majikan aku tak bayar aku untuk luangkan masa dengan engkau hoccay!!

Pagi ni AI terima lagi satu panggilan, phone no diprivatekan. Yang berada di talian adalah suara seorang wanita K***ng. Ni lebih kurang perbualan AI ngan dia :


Caller : Ini puan R*** ke?
AI : Ye saya
Caller : Saya buat panggilan dari service centre. Puan masih aktif menggunakan debit card ke?
AI : Ye, masih aktif
Caller : Boleh saya tau bila expiry date kad puan? (Grr..AI dah mula panas dah)
AI : Nak tau atas sebab apa?
Caller : Kita nak pantau DC dan CC cloning
AI : Sebelum tu awak call dari mana tadi? (Cara tanya tu cam eksyen jek eheh, dah panasss)
Caller : Service Card Centre dekat Putrajaya puan
AI : Under what bank?
Caller : Bukan bank puan, kita service card centre
AI : Company? Gomen ke? Private ke?
Caller : Bukan, kita ini service card centre. Kalau puan nak tau, kena datang ofis kita kat Putrajaya. Sana ofis kita (Wat the hell aku nak pi opis ko plak, ofis kita-ofis kita, bila masa aku keje sepejabat ngan ko, soklan aku ko tak jawab, nak suh aku buang masa pi opis ko ye)
AI : oo..
Caller : Takpe puan, dalam masa 2-3 hari kita akan hantar detail syarikat kita kat puan (tau lak dia jelak, dah rasa terperangkap dengan soklan AI)
AI : oo 
Caller : Terima kasih puan
(Bila AI dah malas nak layan memang 'oo' aje lah :P)


See..  she's calling from nowhere with private phone no, then simply asking me what is expiry date of my card. I'm so sorry for this woman. Don't know who has been cheated. Either she wants to cheat me or she being cheated by her boss.

Baru bagi satu soklan, DARI COMPANY MANA, dah kelam kabut. Nak lari nye pasal, tetiba kata akan hantar detail dalam masa 2-3 hari. AI dah masak sangat phone scaming ni. Bukan sekali dua, tapi dah berkali-kali call yang serupa ni AI terima. Syukur la AI suka membaca, suka google, so memang AI alert isu-isu penipuan thru phone ni. IC no, no akaun bank, hatta no credit card dan CVV no..uhhh janganlah sebarangan didedahkan.

Kalau boleh segala jenis phone marketing tu, jangan la dilayan. Bukan AI kata semuanya menipu, ada yang betul, tapi kalau boleh, better elakkan lah diri dari sebarang risiko.

Musykil, dari mana derang ni dapat HP no cardholders. Bukan kah maklumat kita Strictly Private and Confidential?. Or mungkin org dalam bank yang menjual HP no cardholders kepada orang luar? Mungkin..mungkin..

Sampai satu tahap AI set HP untuk receive calls dari family aje, peace with no disturbance. Bila dah open to all callers, macam ni lah jadinye, menyakitkan hati je.
Azurina Indah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...