Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Friday 9 November 2012

Bila AI ber'touch'2

Baca title je macam miang kan.. Tapi sebenarnya entry ni takde kaitan langsung dengan kemiangan, ia berkaitan dengan ketidakselesaan AI ber'touch'2.

Apa yang di'touch'2 kan??

Sebagai tailor (walaupun part-time), AI banyak terima request-request menjahit dan pertanyaan thru email. Rata-rata nak contact no. Sebagai seorang insan biasa, dalam masa yang sama AI tak nak privacy AI terganggu. So, langkah terbaik AI beli handphone lain dan nombor phone lain yang di khaskan untuk bisnes sahaja. Pada waktu pejabat, phone ini akan disilentkan dan akan dibunyikan semula bila dah sampai rumah :P.

Dengan bajet RM250, AI dah berjaya dapat phone yang dicari-cari. Tapi setelah hampir seminggu 'mengusap-usap' dan 'mengelus-elus', rasa menyampah lak. Sungguh perit penderitaan tatkala nak menghantar SMS. 
Source from google
Inilah handphone yang AI maksudkan. Samsung Corby model ape tak ingat lak. Dengan harga RM250, AI dapat handphone ni beserta memory card 4GB. Dah pecah tradisi, sebab AI dari mula memang tak pernah berhandphone lain selain Sony Ericsson. Kenapa AI pilih handphone ni? 

1) Within budget RM250

2) Ini handphone termurah yang boleh access wifi (saja menggedik walaupun dah ada P1 kat rumah)

3) Teringin nak 'mengusap-usap' dan 'mengelus-elus' (tengok orang je, sendiri pun nak jugak)

4) Pilih kaler pink sebab choice lain yang ada cuma kuning dan hitam. (Not my taste)

5) Dapat main Burung Marah (Hep!! fikir burung ape tu??)

Source from google

Napa lak AI kata menyampah ngan handphone ni?

1) Susah nak taip, sebab jari AI gemok-gemok. Tekan huruf A, huruf lain yang kuar Tengok gambo kat atas ni, tahan hati je nak menaip

2) Tak boleh nak restrict call kat nombor-nombor tertentu (AI still mencari fungsi ni, sapa tau ada)

3) Kamera kelabuu je dan takde cover, maklum la 2MP aje dan tak boleh focus

4) Handphone ni cam manja jek. Kalau jatuh tak tau la apa cerita.


Udah-udah le mengutuk ye!!


Cite lak pasal handphone zaman silam AI Sony Ericsson K770i Cybershot yang AI kagum sampai hari ni. Sebenarnya tak de la silam mana, cuma disebabkan jenis ni dah susah nak dapat set baru, so AI kategorikan sebagai zaman silam lah sebab nak beli kabel pun sikitnye susah, sini takde, sana takde. 




Napa AI kagum dengan handphone ni?

1) Senang nak taip-taip. Bak kata orang sambil pejam mata pun boleh taip

2) Bila masa tak nak diganggu, senang nak restrict call.

3) Kamera cantekkk.. walaupun pixel kecik 3.2 je, tapi boleh fokus & ada flash. Gambar-gambar kat blog AI ni majoriti guna handphone ni lah.

4) Tahan lasak. Dah beberapa kali jatuh tapi tak jahanam-jahanam gak heheh

5) Bunyi boleh tahan.

6) Kamera ada cover. AI sukee...Takde risiko calar. 


Sangat bersungguh entry AI ni. Takpe la, tak perlu sesal. Trend semasa harus diikuti. Sekarang dah zaman skrin-sentuh, jadi kena lah belajar bersentuhan ye hehehhe.. 

Yang penting Indah Selalu Adiosss..

Azurina Indah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...