Sekarang ni saya tengah dalam proses mencari dan membeli tapak jahit untuk abg juki saya. Dan bobbin-bobbinnya sekali. Cuma tapak kia dan 2 bobbin aje disertakan bersama-sama abg juki tempohari. Jumaat lepas time lunch, saya ke kedai Singer Carrefour SSS16 Subang. Amik ko, mahal nak mampuih. Tapak zip sorok RM28, tapak zip pun RM28 satu. Yang best tapak zip kanan lain, kiri pun lain. Terpaksa la saya beli satu tapak zip kanan, satu tapak zip kiri. Yang laagi best, harga bobbin industri kat kedai ni RM 4 sebijik. Semua sekali terbang RM93. Nanti senang saya snap tapak-tapak ni dan tepek kat blog ni. Jadi kawan-kawan bole tengok apa yang saya maksudkan tapak zip kanan dan kiri tu ye.
Ni baju salah sorang bos kat dept saya. Orangnye boleh tahan sihat walafiat. Baju-bajunye semua saya tengok sendat kat garis dada dan ketiak. Saya nengok pun rasa sesak napash..fuh..fuh..fuh.. Baju dia ni saya ukur lebih kat dada dan keti, agak-agak saya bole bernapash lepas ni, maknanya ok lah tu. Kalau si bos ni terbaca entry ni, jangan mare ye, ni komen ikhlas dari hati, baju bos suma dah sempit dan sendat-sendat belaka. Masa ukur dada & keti bos ari tu, jelas terlihat, kelim-kelim kat bawah keti tertetas-tetas belaka.. hehehe...Silalah buat baju baru. Sekian..
Baju kurung Katanya nak pakai masa kenduri kawin weekend ni |
0 comments:
Post a Comment