Assalamualaikum...
1st entry di 2014. Baca tajuk sekali imbas macam blog mak bidan je hahahah...
Terlintas dalam hati nak memblogkan kemanisan dan kepahitan sepanjang tempoh berpantang, sharing any idea, promoting what is the best for confined mummy especially yang berpantang sendiri. Bukan senang tau, tapi kalau ngam planning nya Insyaallah tak ada yang susah.
Masa berpantang AI kali ni, sungguh indah. Hehe..ye bukan saja-saja kutaip disini, tapi realiti.. memang indah. Segala-gala yang AI rancang dan sediakan dari awal Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Tak ada masalah. In detail, nanti AI post di entry lain.
Dah lepas pantang wajib 44 hari tu, sekarang dalam tempoh menghabiskan pantang sampai 100 hari. pulak. "Sayaang kat badan, nak pakai lama.." kata mak bidan tempohari. En Asben dont dare to jeling-jeling me okay!
Berat badan sekarang ni Alhamdulillah, kuraaang sangat dari berat sebelum mengandung. AI guna set bersalin apa? Akan ada entri itu selepas ini..
Apa yang AI pantang makan sekarang ni?
1) Jambu batu
Jambu batu ni menurut bidan AI, sejuk. Takut badan bisa-bisa. Tak kisah la makan cicah garam ke, cicah serbuk asam ke, jus jambu ke, semua tak boleh!
2) Air kelapa
Yang ni menurut bidan AI, paling jahat. Huhu..jahat cam penjenayah ke, perampok ke AI pun tak tau. Tapi air kelapa bisa untuk urat-urat. Jeli kelapa boleh, air kelapa tak boleh, isi kelapa muda boleh tapi sikiit aje ye. Air kelapa kena dipantang sampai la kita mengandung lagi sekali... erk??? Tergamam ku seketika... atau sampai anak dah berumur setahun. Oooo..Alhamdulillah
3) Labu kuning
Yang ni sebab angin. Bila dah masuk angin, dah tentu satu badan sakit. Dan lagi bila menyusukan takut baby pun ikut kembung. Siaann dia.
4) Nenas
Nenas tajam. Ada pisau kut hahahah.. Wallahualam.. Rahim ibu yang baru lepas bersalin, walaupun dah habis pantang, kiranya baru lepas cedera la kan, dalam tempoh penyembuhan lagi. Luka baru nak sembuh, ditoreh-toreh pulak, bila masa laa nak sembuh. Tak gitu...
5) Rebung
Ni gambar rebung yang masih duk dalam tanah tau.. Kulup nye dok ada lagi tu hahahah, biasa beli kat pasar dah suci bersih rupanya. Pantang yang ni AI tak boleh terima huwaaa... tapi kena pantang jugak, sayang badan kaaan... Buat masak lemak cili api campur babat alangkah sedapnya...
6) Air tebu
Air tebu pun dikatakan tajam sama macam nenas. Pantang yang ni AI tak kisah pun, tak minat minum air tebu.
7) Laksa
Oh! Tidak!! Tidak!! Yang ni pun kena tunggu Alif umur setahun baru boleh makan. Menurut bidan, mi laksa tu sendiri 'jahat'. Si pemakan mau menderita kebisaan badannya ya!. Dan lagi miss v nya takut mengembang serupa mengembangnya mi laksa lepas dicelur. Waduuhh... Dalam laksa ni jugak ada bunga kantan, yang dikatakan bisa pada peranakan wanita... Wallah..macam bidan jowo aja bunyiknya
8) Mi goreng
Yang ni pun oh noooo...feveret ku juaa...
Banyak norr pantang makan kan...Setakat ni Alhamdulillah, jamah pun tidak lagi, apatah lagi mencekik sampai kenyang hehe.. Mana yang baik didulukan, antara mahu atau tidak je. Kalau sayang badan dan nak pakai lama, sendiri mo ingat la.. Dari internet ke buku ke majalah ke pengalaman sendiri, berpantang kali ni memang AI jaga sangat-sangat, tak macam berpantang kali pertama dulu, hentam kromo je.
# Gambar-gambar di atas ni adalah sumber dari Google ye.
0 comments:
Post a Comment