Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Thursday 26 September 2013

Mama masuk wad????

Mama dah masuk wad? Dah nak bersalin dah... Hohoho... Silap tekaan itu.. Bukan mama tapi Adam yang masuk. 

Masa AI dok mengemas barang-barang untuk dibawak ke hospital aritu, Adam yang sedih sangat, macam le mama dia nak pindah kuar umah terus.. Rupa-rupanya dia yang nak masuk wad.

Adam dah demam sejak Sabtu lepas, yakni dah 5 hari as at hari semalam. Dalam masa 5 hari tu kejap ok kejap tak ok. Klinik pun dah pegi, antibiotik pun dah makan. Doktor kat klinik kata Adam demam sebab tonsil bengkak. Kami laki bini iyekan aje la, masing-masing bukan doktor kan... Dalam 5 hari ni masing-masing meyakinkan sesama sendiri, ni dah ok ni..ni dah tak demam ni..ni dah sembuh ni... Sudahnya sampai Adam lembik demam pi mai pi mai tang tu jugak. Makan minum tak nak, kulit pun dah kering.

Semalam 25 September kami decide bawak Adam ke hospital. Bahaya agak mengagak ni, lebih baik bertindak sebelum terlambat. AI dah prepare GL outpatient dan inpatient sejak semalam lagi, plan nak pegi KPJ Selangor kat Sek 20 Shah Alam tu, jadi GL pun addressed ke hospital tu lah. 

Berkobar-kobar semangat pegi sambil dah siap pack baju Adam sekali, sampai je kat kaunter, rupanya takde bilik kosong. Hampa.. bukan kami excited anak nak masuk wad tau! tapi pilihan untuk admitted adalah yang terbaik, doktor dan misi sentiasa ada dan depa tau what they should do and what they shouldnt.

Lepas tu kami decide try pegi Shah Alam Specialist Hospital, kami panggil SALAM je. Alhamdulillah ada bilik kosong, special untuk pediatrik pulak tu. Tapi masalah lain pula timbul, GL takde tempat nak generate dan print. AI suruh budak kaunter tu call GSC HR kami, tapi cam hampeh, mentang-mentang semua dah online dan self-service dah jadi macam tak tau apa itu emergency. Nak suruh email tak boleh, suruh fax pun tak boleh. Kalau la patient dah nazak nak mati agak-agaknye sempat mati nak cari internet pc dan printer. SALAM ni pulak jenis nak GL dulu baru boleh admit. Mereka takkan boleh consider, 'masuk dulu, GL on the way'. 

Jadi dengan keboyotan ni, AI dengan En Asben jalan keliling building cari kalau-kalau ada cyber cafe. AI rasa nak nangis je, tengok Adam dah lembik, cari cyber cafe pulak tak jumpa-jumpa. At last dengan kuasa Allah, hampir genap sebulatan kami pusing bangunan, jumpa satu cc kecik. Alhamdulillah..dapat generate dan print GL dan Adam pun dah selamat masuk wad.


Bilik Anggerik no 211 memang wad pediatrik. Langsir pun corak katun-katun. AI dapat 2-bedded room. Tak kisah la, janji masuk wad. Paeditrician Dr Mohammed Nazir yang segak dan ensem hohoho! Sehari 2 kali visit patient (tak macam paed dekat SJMC, hari pertama dan terakhir je nampak muka, dah le caj mahal nak mampus..) Pediatrik wad ni sekali dengan labor room, masuk-masuk aje, nampak pintu labor room dulu. Rasa macam nak pi beranak je. Disebabkan 2 bedded room, sudah semestinya ada neighbour. Takde nak berkenalan pun, mood tadak. Nak plak neighbour jenis pasang tv macam pasang tv kat rumah sendiri, volume ikut sukati je. Bila en Asben suruh nurse sound baru la tersedar diri tu kat sepital rupanya bukan kat rumah.


Disebabkan Adam tengah lembek dan tak bermaya, Adam wat derk aje masa doktor dan nurse cucuk tangan untuk drip dan ambil sampel darah. Dia seolah menyerah diri sepenuh jiwa raga. Result test 'Positif Denggi'. Pagi tadi second time ambil sampel darah, baru lah dia melalak, SAKIT!! kata Adam. Kesian anak mama, takpe anakku..  'Boys be brave!' bak kata ShinChan


Peace yo..


Lebih kurang gini suasana dalam wad. Kalau single bedded semua tirai-tirai tu takde kot. Heaven la Adam, sambil baring sambil tengok tv. Siap cakap tv kat hospital ni best la mama. Ye la anakku mentang-mentang la tv kat rumah kita tu macam akuarium besarnnya. Seronok eh duk wad??


Katil single ni yang mama dan Adam share untuk tidur waktu malam. Babahnye plak kena bawak toto dari rumah, tido kat lantai..siannn!! Anyway bersyukur dapat duduk sini, nak harapkan fulus sendiri takde laa.. Terima kasih employer ku! Huhuhu.. Nak berulang balik mandi kat rumah pun takde hal, dekat jek. Tempat makan banyak, kedai banyak, ample parking.


Peace yo Adam yang kedua sebelum melalak dicucuk untuk ambil darah tadi. Get Well Soon my dear!!

Updated : 
1) Adam dah discharge pada Isnin 30 Sept 2013. Platlet count suddenly naik dari 48 ke 120. Alhamdulillah... berkat doa dan berkat usaha dan mungkin juga nutriferon berkesan kat Adam. AI baru bagi Adam minum bancuhan sepeket nutriferon + 2 scoop ESP pada hari Ahad. Kiranya 1 dos dah memberi kesan. Syukur.. Sekarang Ai continue bagi Adam nutriferon ni, 3 kali seminggu biar body lagi immune.



2) Ada yang bertanya caj bilik di SALAM ni. Untuk pengetahuan, Adam duduk di 2-bedded room, cajnya RM85 satu malam, maknanya 2 katil satu bilik berkongsi satu bilik air. 2-bedded ni yang paling murah. Kalau single room cajnya RM125 satu malam, bilik air pakai sengsorang. Tapi caj ni bukan nett, kalau tak silap ada 6% gov tax lagi.


Azurina Indah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...