Tuan tanah berehat dari mengambil sebarang tempahan jahitan sehingga diberitahu kelak. Harap maklum....

Saturday, 17 December 2011

Musim buah yang ceria

Assalamualaikum wbt...

Eh...idop lagi Azurina ni.. Lame sunyi sepi tanpa khabar berita..
Saya ingin memblogkan gambar buah-buah yang ceria. Ditangkap (mcm tangkap ayam kampung plak), semasa saya dan family balik Raub time cuti besday Sultan Selangor minggu lepas. Nak delete sayang, bukan selalu ada musim buah. Takkan nak cuci gambar buah ni kat kedai ye tak..huhuhu...
Rambutan 'anak sekolah'








    


Rambutan 'cikgu sekolah' kut

Rambutan 'pengetua sekolah'  hehehe...

sapa tak kenal buah ni, sila telan racun sekarang

mmmm.... dapnye

Sungguh menggoda jiwa dietku

Hitam-hitam si tampuk manggis, di luar hitam di dalam manis

Buah nangkono, sedap dimakan bila dah tua, sedap digulai time muda
 *******************************************************************

Cekodok labu kuning

Ni cekodok labu.. pes time trial.. Masa nak balik dari kampung minggu lepas, my SIL bagi labu ni sbg buah tangan. Cuak juge, tak pernah daku masak labu seumur idupku..

Time ni cik cekodok tengah berenang dalam minyak panas...
senang aje ghuper2nye nak buat cekodok ni.. 

1) Rebus/kukus labu tu (labu kuning je tau, bukan labu air), kemudian lenyek. 
2) Time melenyek tu, masuk la tepung, sedikit air/santan dan telur (kalau suke). 
3) Gaul rata adunan sampai jadi macam adunan cekodok-cekodok bawang anda. 
4) Pastu goreng.. Nyam..nyam..



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...