Kebetulan adik ipar saya dari Bentong sefamily datang bercuti ke Shah Alam weekend baru ni.. sempat ajak deme gi jenjalan sekitar Shah Alam. Walaupun demam, anakku tetap gagah dan berwajah ceria menemani kakak-kakak sepupunya pegi jalan-jalan.
Adam dengan kak Nabila dan kak Athirah posing kat pokok ceri kat Dataran Shah Alam |
Semalam saya ambik emergency leave, badan Adam panas lagi. Kalau gi keje sure hati tak tenang. Tapi dalam pada demam-demam tu, Adam nak jugak ngikut ke Pekeliling, hantar kakak-kakak sepupunya nak bas kat sana. Kesian pulak.. Jadi saya pun ikut sekali.. Lagi pun Adam semenjak lahir tak pernah pijak KL lagi :P.. Apatah lagi naik komuter dan LRT.. Kira ni memang betul-betul Cuti Yang Demam la kan..
Time naik komuter, baru saya perasan bahawa rakyat Malaysia ni ramai yang tak ada sivik. Nampak je budak kecik ke, orang tua ke, pompuan pregnant ke, terus ngantuk secara tiba-tiba.. Mana yang couple, tetibe rasa nak peluk sakan, tanpa rasa segan silu. Sian Adam dan anak-anak buah saya, dari Shah Alam ke Bank Negara, langsung tak duduk. Macam ni ke tatasusila yang cikgu ajar kat sekolah, yang mak bapak ajar kat rumah, padahal terang dan jelas sign kat dalam tren tu, untuk beri tempat duduk kepada yang lebih memerlukan.
Dalam komuter semalam, hati saya pedih melihat seorang wanita tengah dukung babynya yang sedang tidur, dia naik sama ngan kitorang, dari Shah Alam dan turun kat KL Sentral. Dia berdiri betul-betul kat depan dua insan bercinta yang langsung tak ada 'kemaluan'. Tak ada perasaan ke? Tak kesian ke? At least, sang jantan yang tengah nak 'stim' tu, bagilah akak tu duduk, yang betina tu pun sama, one day orang lain pulak buat macam tu kat ko. Bukan saya jeles dorang couple, nak jeles ape pon, saya dah ada yang halal, derang wat mcm tu, dpt dosa je.. tapi kalau saya kat tempat pompuan tu.. satu, malu dan cepat-cepat lepaskan si jantan tu..dua, decide salah sorang berdiri dan bagi akak tu duduk.
Happy nyer nak jalan KL, walaupun badanku panas |
Kat dalam Star LRT |
Cumanya, saya risau mata saya silap, kat tag beriye tunjuk less 70%. Kalau lepas less RM15, bermakna harga sebenar adalah RM50. Bila saya kopek tag harga tu, jelas tertera harga asalnye RM19.90.. Apakah...?
Rege lepas less 70% RM15.00 |
Setelah dikopek, tertera harga sebenar RM19.90 Adakah aku yang tek reti mengira...? |
0 comments:
Post a Comment