Semalam mati-mati saya ingatkan konsert Mentor dah bermula, iye-iye aje aku bancuh kopi 'o' kaw, dengan slice kek pisang, hampeh, siap kena gelak ngan hubby aku.. rupa-rupanya minggu depan la bukan minggu ni. Pastu lega, si Leman terkeluar dari Raja Lawak, hampeh, takde satu pun lawak dia menjadi, yang pelik camana sebelum ni undi dia selalu jadi antara yang tertinggi ye?
Sebelum tu, kitorang tengok buletin utama, berita utama pasal pejabat pos yang kena beroperasi even hari Ahad semata-mata nak bagi rakyat Mesia ni menjelaskan saman yang tertunggak. Tapi yang aku nampak, memang habit/peel rakyat kita untuk buat sesuatu tu last minute. Rasanya announcement dah dibuat 2-3 bulan yang lepas, tapi hujung bukan Feb jugak yang dipilih untuk menjelaskan segala saman-saman yang ada. Alasan jangan cakap la, takde masa la, keje sampai malam la, tak tau ada saman la.. hmm.. bila la nak sedar.. sekarang ni zaman dah moden, segala-galanya di hujung jari, setakat informasi ada saman ke tak, bukan alasan untuk buat benda last minit. Apatah lagi nak membayarnya, zaman IT beb.. nak beli spenda ngan bra pun dah tak payah pegi triumph bagai, beli on9 jek..
Ingat tak lagi, masa tu kita semua disuruh tukar IC bunga raya ke myKAD. Pun tunggu last minit baru nak terhegeh-hegeh queue panjang kat JPN, itu pun setelah ditawarkan cabutan bertuah sebijik MyVi kepada sapa-sapa yang tukar IC masa tu.
Ini lah habit majoriti masyarakat kita, nasib baik la saya tak de habit macam ni.. Lagi pun saya bukan jenis orang yang sabar menunggu berjam-jam menunggu turn.. Tak suka !!!
0 comments:
Post a Comment