Mcm pokok ni je, kureng vitamin, nampak takde semangat langsung |
Bulan lepas aku 'terbeli' satu basikal senaman, memang dah plan nak beli, tapi takde la secepat ini, sebab plan asal aku ialah nak beli mesin jahit high-speed/industri.. tapi bila mengenangkan keletihan yang melampau semasa balik dari keje, macam ada yang tak kena je.. aku pun beli lah jugak basikal tu. Mungkin toksid berlebihan dalam badan, itu yang aku tau, puncanya makan minum yang tak tentu dan KURANG SENAMAN. Aku ni pulak, kalau kat rumah memang tak reti duk diam, ada je kain yang aku nak gunting, nak jahit hihihi.... bila masa nak rehat?? Cuba bayangkan seawal 8.30 malam aku dah mula menguap, tu petanda awal nak tido la tu. Tapi semenjak aku amalkan bersenam lepas bangun pagi, agak ok la.. Lagi satu, kalau ponteng bersenam sehari, sure rasa lembap je sepanjang hari.
Semalam aku dah call workshop yang repair kancil aku. Menurut mamat yang jawap tepon tu, keta aku tengah duk dalam bengkel, lambat siap sebab barang datang sedikit demi sedikit. Ala.. aku dah tak sabar hidup patah kaki ni. Tapi bila dikenangkan balik bas RapidKL yang langgar kancil aku hari tu, sampai hari ni perasaan nak BOM semua bas RapidKL yang lalu-lalang ni memang meluap-luap dalam jiwa aku.
.................................................................................................
First time trial wat topping atas kek. Kek tu cake mix Nona, cuma tambah minyak & telur je. Minyak tu ganti ngan melted butter. Topping lak wat ngan double cream + cooking chocolate. Sedap..puas hati sangat...Thumbs up to myself!!!
0 comments:
Post a Comment